Sunday, January 18, 2009

SOKONGLAH LIGA BOLA SEPAK TEMPATAN.

Salam kerinduan dan kemesraaan,

Semalam kita menyaksikan pelawanan bola sepak Liga Inggeris, pelawanan tersebut telah meletakkan MU selesa di persada Liga walaupun sementara waktu, dalam pada itu tepat jam 11 malam saya melalui sebuah kafe(Bangsar), disana kelihatan ramai anak muda yang menyaksikan perlawanan tersebut salah seorangnya kawan baik saya. Sepanjang permerhatian saya kawan saya ini bukanlah seorang yang pandai bermain bola sepak, oleh itu teori saya mengatakan dia hanya minat kerana kelayuan liga tempatan. Kata orang Kelantan ("minat jah kalu suruh main sepak bola pun tak kena, setakat ore sorok gol kita gol atek") .

Sebenarnya jauh disudut hati kecil ini, saya berasa terkilan dengan sikap sesetengah masyarakat di negara ini yang kurang mengikuti perkembangan Liga Tempatan, mungkin disebabkan pemainan game bola sepak yang menunjukan nama-nama pemain yang hebat dalam setiap edisi baru telah menghakis minat mereka, akibatnya mereka terus menonton Siaran Liga Antarabangsa, siapa yang silap sebenarnya? cuba tanya generasi muda sekarang kenalkah mereka dengan Allahyarham Mokhtar Dahari, Hashim Mustafa, Khairul Azman Muhamad, Azman Adnan? hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya berbanding dengan nama-nama pemain eropah yang tentunya sentiasa sahaja menjadi ikutan generasi muda. Sebenarnya tidak menjadi kesalahan dari segi budaya tetapi cubalah belajar dari sejarah, mungkin disitu kita mampu membina resipi baru untuk kemajuan bola sepak negara.

Akhir kalam, untuk pagi ini, yang bakal menanti kehadiran subuh, saya menyeru agar semua peminat boal sepak datanglah ke stadium di Negeri masing-masing bagi menyokong pasukan anda, janganlah mudah melenting sekiranya pasukan anda tewas dalam setiap perlawanan, cubalah bersifat positif, cubalah lebihkan sokongan anda kepada Liga Malaysia.
Powered By Blogger