Thursday, January 17, 2013
Monday, January 7, 2013
Cerita Pak Cik Tua dan potret cucunya.
"Bismillah,..
Semasa bertugas "Petang semalam, seorang pak cik otai jumpa saya
sambil bawa sekeping gambar pasport yang diselitkan menumpang kasih
disebelah ic-nya..."saya tanya gambar siapa? dia kata gambar
cucunya...seusia 7 tahun, diminta tolong besarkan gambar tu dalam saiz
4R,
Saya kata tak pandai, tapi dia suruh guna mesin pencetak (printer) saya kata tak ada kertas sesuai dengan gambar, dia senyum dan dia bagi belakang kertas kotor putih kelendar lama bersaiz A4,
dia kata, tolong buat,
"paling tidak pun tak pegang cucu, pegang gambarnya pun sudah cukup
bahagia"...
Begitulah nasib pak cik otai tadi,...bertuahnya dia sempat
merasai zaman tua, kita semua belum tentu nanti dapat menatap, walaupun
sekadar sekeping gambar cucu kita nanti....
Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu.
Wednesday, January 2, 2013
Kisah Tahun Baru 2013
"Sambut tahun baru bukan untuk menari,
berjogojek, melalak, dedoh aurat, melolong atau sengaja melompat, ianya
sekadar pertukaran angka sahaja, sebagai UMAT ISLAM tahun baru kita adalah
1434 H jadi jaga perbuatan dan cara sambutan
semasa menyambut angka 13 tersebut."Penerapan nilai-nilai Islam dalam kalangan generasi Y diambang tahun baru adalah satu pendekatan terbaik dengan menyediakan slot-slot santai forum Islam dan dimantapkan lagi dengan alunan Ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa meminta pelindungan dari Allah S.W.T, tuan punya dunia.
ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR.
~ sekian. 18 Safar 1434 H - 01 Januari 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)