Friday, April 2, 2010

KULIAH TERAKHIR

Kita datang dari kawasan yang berlainan,
tak pernah kenal satu sama lain,
pertama kali berjumpa,
tak terlintas di benak fikiran kita akan bertemu lagi,

Segala bentuk perjuangan kita lalui bersama,
menimba ilmu untuk sejuta harapan hari muka,
Sekali taufan atau ribut yang datang bertandan,
Adakah kita masih berdiri teguh dan cekal hati?

Berpatah arang jangan sekali,
di sebalik setiap gundah-gulana ada hikmah sebenarnya,
usah pedulikan kata orang,

Pejuangan yang menanti kuliah terakhir hidup ini

Harus diteruskan,
walau apa pun terjadi,
Ilmu harus diutamakan,
Untuk mengubah nasib hidup.

Senyum DTC menanti Ogos,
Semoga berjumpa kembali Ogos nanti.
InsyaAllah.
Abewa - UM
(020410-4.201AM)

Thursday, November 12, 2009

The Red Warrior- Kaulah Nafas Baru Bola Sepak Tanah Air

Dalam seminggu ini dada-dada akhbar sibuk membicarakan keganasan bola sepak Final Piala Malaysia…tidak kecuali ada blog-blog sahabatku yang turut mahu menumpang publisiti semata-mata ingin blognya dilawati, padaku ianya perkara biasa… kalau Final Piala Dunia sekalipun ianya tidak boleh lari dari keganasan penonton……aku tidak ingin membicarakan tentang keganasan bola sepak Kelantan kerana ianya biasa berlaku pada Negeri-negeri lain seandainya berada pada tahap genting (Final), tumpuanku adalah kepada percapaian bola sepak Kelantan.

Kalau kita membuat analisis percapaian Kelantan dalam bola sepak tanah air tahun 2009 adalah yang terbaik dalam sejarah bola sepak Negara. Percapaian menjadi naib juara Piala Malaysia dan Fiala FA, adalah sesuatu yang terbaik dan diluar permerhatian penganalisis bola sepak tanah air, jika tidak kerana digantung bermain digelangang berkecuali (stadium Nasional ) pada Liga Super lalu mungkin Kelantan mampu menjurai Liga super, mungkin factor masa, kewangan, keletihan pemain membantutkan usaha Kelantan untuk meneruskan pesaingan dalam Liga super 2009.

Tak mengapalah itu cerita lama, mungkin Persatuan Negeri dan Kelab-kelab patut mempelajari sesuatu yang baru dari Kelantan…..ramuannya mudah….uruskan persatuan dengan baik, jaga kebajikan pemain itu sahaja insyaAllah negeri lain mungkin mampu untuk mengikuti rentak Kelantan.

Apa pun Rakyat Kelantan adalah peminat setia bola sepak tanah air, kerana hampir 70% penyokong Final adalah dari negeri Kelantan…..dengan ini jelaslah kerana penyokong Kelantanlah maka kemeriahan bola sepak Final Piala Malaysia 2009 masih ada serinya……………..buat penulis blog terutama sahabat-sahabatku….renung-renungkan lah…janganlah kerana Nila setitik Rosak susu sebelanga…Wasalam.

Sunday, July 12, 2009

CORETAN PENGHARGAAN


CORETAN PENGHARGAAN KEPADA
PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TUMPAT


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian hanyalah kepunyaan Allah yang telah memberikan kita ilmu kebenaran. Selawat serta salam kepada baginda Rasul Muhammad, para sahabat, dan para pejuang Islam sepanjang zaman yang telah menunjukkan kita sentiasa melalui jalan yang lulus.

Di sini saya ingin mengucapkan jazakalllahu khairan kathira kepada En. Nik Azhar bin Nik Abdul Aziz selaku Penyelia Industri yang memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Ketua Jajahan (Khidmat Pengurusan) yang telah banyak memberikan galakan dan bimbingan yang membina semasa saya menjalani latihan industri di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan saya kepada ibu bapa saya yang telah memberikan suntikan semangat dan dorongan kepada saya dalam usaha untuk menamatkan latihan industri ini. Bagi saya, mereka inilah yang menjadi sumber motivasi kepada saya sehingga saya tidak merasa jemu dan rungsing ketika menjalani latihan industri.

Saya ingin manghulurkan sejambak bunga penghargaan kepada Penyelia
Akademi, Dr. Norhayati Abd. Rahman yang meluangkn sedikit masa untuk memantau semasa saya menjalani latihan industri ini. Tidak lupa juga kepada rakan praktikum zuzie, Rokiah, Irah, Intan, Hanif dan Hafizi kerana sumbangan beliau dalam membantu mencari sumber rujukan alternatif pada setiap masa.

Kepada pensyarah-pensyarah, kakitangan-kakitangan
Pejabat Tanah Dan Jajahan Tumpat serta rakan-rakan
yang lain yang tidak dapat perturunkan nama anda satu persatu,
saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kalian semua.

Kerjasama dan budi baik anda semua menjadi kenangan sepanjang hayat. Akhir kalam, segala kekurangan dan kesilapan adalah dari diri saya sendiri, segala kebaikan dan kesempurnaan hanyalah milik Allah jua. Diharapkan coretan Penghargaan ini akan menjadi titik tolak kepada kalian yang selanjutnya. Wassalam...........
Not forget to Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat staff
En. Nik Azhar bin Nik Abdul Aziz -
Ketua Penolong Ketua Jajahan (KhidmatPengurusan)

PEGAWAI PENTADBIRAN
EN. IBRAHIM


PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
CIK SITI ZALEHA


EN. AZIZ
(BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)



DAN
SEMUA STAF PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN TUMPAT.
My success almost is relied on yours help….absolutely
















Saturday, April 18, 2009

Sealiran tapi tak sejiwa:taman hiburan @ Muzium...pencarian satu pengalaman.

Saya sebenarnya berasa terharu dan berbangga kerana diberi peluang untuk berjumpa dengan Pengarah Muzium Negara, Encik Mohd Azmi Bin Mohd Yusof . Kehadiran saya telah disambut mesra oleh beliau. Beliau sempat menceritakan pengalaman beliau sebelum dan ketika menjadi Pengarah Muzium Negara. Disini saya berasa kagum dengan keazaman beliau dalam melakukan sesuatu perkara. Keyakinan dalam diri manusia perlu ada jika ingin melakukan sebarang perkara kerana jika kita yakin disertakan dengan usaha dan kecemerlangan sahsiah diri serta doa, impian dan matlamat hidup pasti akan tercapai.

Ulasan beliau dalam menguruskan Muzium Negara, beliau mendapati generasi muda-mudi sekarang ini kurang berminat dengan aspek budaya. Generasi muda lebih gemar berhibur dan kurang mengambil tahu sejarah bangsa. Jika tahu pun hanya diperingkat sekolah yakni belajar hanya untuk lulus subjek sejarah tetapi terus melupakannya. Mereka sebenarnya tidak melihat secara jelas sesuatu yang dikatakan artifak hanya dengan membaca dan melalui penerangan dari guru-guru mereka sahaja. Oleh itu, keinginan untuk mengetahui dengan lebih lanjut sesuatu perkara hanya akan berlalu begitu sahaja.

Tambah beliau, kesedaran ibu bapa sendiri masih kurang, yakni ibubapa lebih gemar membawa anak-anak mereka ke taman-taman hiburan yang lebih masyhur. Sebenarnya dalam hal ini seharusnyalah ibu bapa patut menjadi pengerak utama dalam memperkenalkan sejarah bangsa kerana jika anak-anak kecil tidak dilatih dan diajar dari sekarang untuk mengenal sejarah bangsa sesuatu yang kurang baik pasti akan berlaku kepada generasi akan datang. Beliau juga mengatakan kita sepatunya berasa malu kepada bangsa asing yang datang melawat Muzium pada setiap masa, sifat dan sikap ingin tahu bangsa asing ini patut di contohi oleh kita semua, kita seharusnya tahu Muzium adalah nadi atau pintu masuk negara yang pertama kepada bangsa asing. Oleh itu pelbagai tanggapan akan diberikan oleh bangsa tersebut terhadap rakyat di negara ini.

Pada akhirnya, beliau menasihati saya agar selalu mengunjungi muzium dan mengambil tahu aktiviti yang dianjurkan oleh pihak muzium. Beliau mengatakan “janganlah hanya kerana adanya penyelidikan yang perlu dibuat ini barulah kita sibuk melawat muzium, kunjungan ke muzium perlu dilakukan pada setiap masa ” dan beliau juga berharap agar saya sama-sama memikirkan cadangan dan memberikan kritikan yang membina bagi membangunkan muzium serta dapat menarik lebih ramai pengunjung pada masa depan.
Powered By Blogger